Pages

Sunday 17 November 2013

SNOW CHEESE KEK

Bahan-bahannya:

6 bj telur (di buang 2 putihnya)
100 gm gula halus
100 gm tepung
60 gm tepung jagung
50 gm air sejuk
1 sd teah baking powder
2 sudu mkn ovallet
75 gm mentega di cairkan


Untuk krim:

1 kotak cheese philadelphia
1 cwn susu pekat (satukan kedua-dua bahan dan pukul sehingga sebati dan tidak berketul2)

Topping:

1/2 kotak craft cheddar cheese di parut

Cara-caranya:

putar gula dan ovallet sehingga sebati
masukkan telur, putar sehingga berkrim
masukkan tepung gandum, tepung jagung n 1 sd teh baking powder
masukkan air, dan mentega
putar sehingga sebati.
Dibakar dengan suhu 150 drjh celcius sehingga msk... jgn lupa tuk sapukan loyang dgn mentega dan juga di taur dengan tepung.
Setelah msk potong di tengah2 kek sehingga menjadi 2 bahagian. Kalau xmahir bab potong2 ni boleh la di bakar dlm 2 acuan yg berbeza...
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan bahagian kedua di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi keseluruhan kek.
Akhir sekali, taburkan cheese yang telah di parut tadi di keseluruhan kek sehingga menjadi toppingnya.
Masukkan ke dalam peti ais, dan di sejukkan dalam 2 jam.
Sedia untuk di makan.
 — with Rohaida Bidin.

Sunday 9 June 2013

Cheese Tart update version

alhamdulillah ni latest update utk cheesetart, semalam buat tergerak hati nak try resepi pastry baru....n pastri ni lagi sedap compare to before...dan utk cheese pun, dah dapat sukatan yg ok...

Yummy CheeseTart

Yummy Cheesetart 
Sumber pastri :
 resepi2011
Sumber filling : Achir Yaya (forumers FNR)

Sugar Dough (asas buat tart):
125g butter
 ½ cawan gula
300g tepung gandum
1 biji telur (apa2 gred tapi biasa guna gred B)

Cara-cara :
1. Pukul telur dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul dengan senduk saja.

Basic Cheese Filling

Bahan-bahan(utk 25 tart) :
125gm cream cheese
75gm plain yogurt sejuk
130gm susu pekat
30gm cawan tepung jagung
2 table spoon jus sunkist (optional)

Cara-cara :
1.Campur cheese + yogurt + susu pekat dalam mixer. Mix until fluppy.
2.Masukkan tepung jagung and sunkist. Adjust kepekatan adunan.
3.Tutup adunan dgn kain muslin. Biarkan pada room temperature for 1 hour.
4.Pipekan dalam tart shell and bakar for abt 5 minutes.
5.Sejukkan pada suhu bilik and then baru simpan dalam fridge 6 jam.

*******************************************************************************

Resepi asal (filling) :
BASIC CHEESE FILLING

SUMBER : Achik yaya
(utk 40-50 tart shell) - buat 1/4 bahagian sahaja untuk 1 adunan sweet pastry...

a.500gm cream cheese (1/4 adunan maknanya 125gm cheese)
b.300gm plain yogurt sejuk
c.susu pekat (sila adjust rasa ikut sedap)
d.1/2 cawan tepung jagung
e. 2 table spoon jus sunkist (optional)

Cara-cara :
1.campur bahan a/b/c dalam mixer. mix until fluppy.
2. campurkan tepung jagung and sunkist. adjust kepekatan
adunan. boleh guna tepung jagung up to 3/4 cup.
boleh omit sunkist sbb yogurt tu dah masam.
3. tutup adunan dgn kain muslin. biarkan pada room temperature for 1 hour.
4. pipekan dalam tart shell and bakar for abt 5 minutes. sejuk kan at room temp and then baru simpan dalam fridge 6 hrs.

p/s : ni resepi yg achik dah alter so many times. pada yg mintak awal2 dulu. resepi sama aje. boleh add krimer 1/2 cup kalau suka. kalau nak buat utk makan sendiri, pls use philli cream cheese and nestle plain yogurt (tutup biru).


Wednesday 27 June 2012

Kuih Taik Minyak


Kuih Taik Minyak / Kole Kacang
Sumber : Che'iza

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

1 cwn santan pekat **
1 cawan gula merah *
2 sb gula pasir *
1 cwn air *
beberapa helai daun pandan disimpul *
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara :
1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
2.Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
3.Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
4.Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
5.Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Agar-agar Lumut


Agar-Agar Lumut
Sumber : Nizadin

Bahan-bahan :
10 gram agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150ml air
100ml santan
1 biji telor pukul dgn santan
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:

1. Masak air dgn gula dan daun pandan, bila dah larut masukkan agar-agar dan kacau hingga larut.
2. Kecilkan api, kemudian tuang campuran santan dan telor, garam kacau terus hingga mendidih.tuang dalanm acuan yang anda sula dasn sejukkan.

Kerutuk Daging


Kerutuk Daging
Sumber : Makyong

Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling - umyrah guna cili kisar
1/2 biji bawang besar -
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan - gula merah
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]
1/2 bawang besar - guna 2 biji
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih -3 ulas
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak - agak2 je

Cara-cara :
1.Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan. (next time umyrah akan rebuskan dulu supaya daging lembut).
2.Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3.Panaskan minyak
4.Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5.Kemudian masukkan campuran rempah tadi. Masak sehingga pecah minyak
6.Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
7.Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
8.Siap untuk dihidang.

Sunday 24 June 2012

Puding Kasih Bertaut


Puding Kasih Bertaut
Sumber : OvenKecil

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 3 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula - kurangkan skit
1 biji telur
Pewarna

Cara-cara :
1.Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut.  Kecilkan api.
2.Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.  Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!)  Setelah mendidih, tutup api.
3.Bahagi larutan agar-agar kepada beberapa bahagian dan warnakan, tuang dalam acuan pelbagai bentuk / potong kecil. Biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
4.Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
900gm gula merah
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

Tart Nenas 2

Tart Nenas
Sumber : Secubit Garam


250gm butter
2 1/2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur
10gm tepung kastard                                 }
50gm tepung jagung                                  } ayak
470gm tepung gandum ~ utk tart gulung     }
**kalau terlembut, tambah sedikit tepung untuk buat tart bunga.

* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya

Hiasan:
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara-cara :
1.Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
2.Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
3.Pukul lagi hingga sebati.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
5.Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
6.Bentukkan dan sapukan kuning telur.
7.Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.