Pages

Wednesday, 20 June 2012

Tart Buah-Buahan.

Saya suka sangat tengok aneka tart buah ni. Sangat unik. Lagi2 bila tart nenas ni, feveret saya, kalau x sempat buat, mesti beli walau hanya satu bekas saja..

Dah lama bercita-cita nak buat tart nenas buah ni. Kemudian diam macamtue saja, kemudian bila nak bertunang, saya nekad untuk buat tart nenas & bakul ni sebagai hantaran.

Setiap kali melihat tart-tart nenas buah, saya sangat teruja.

credit : Puan Mirawati

credit : Encik Google

Cantik bukan? Sangat cantik, maka tidak hairanlah kelasnya sangat mahal. Saya tidak mampu, maka self taught is better :D

Maka bermulalah explorasi terhadap tart nenas buah-buahan ini. Bukan tak ada resepi yang digunakan untuk tart buah ini, tetap tidak menepati citarasa saya. Apapun, tq pada citarasawan yang tak lokek untuk berkongsi resepi tart buah ini.

Saya ada taste sendiri dalam tart nenas buah-buahan ni. Saya suka tart nenas gambar pertama, nampak natural, berbanding tart nenas yang kedua. Saya tak suka tart nenas yang menggunakan putih telur untuk mewarnakan, kerana ia nampak fake & plastik. Maaf saya tak rasa nak makan :)

Jadi untuk mendapatkan tart nenas seperti gambar pertama sangatlah susah, kerana saya tak boleh bayangkan bagaimana. Tetapi alhamdulillah, berdasarkan gambar kelas Puan Mirawati, maka saya cuba tangkap history gambar tersebut, sangat membantu.

Permulaan, mencari resepi yang sesuai untuk fruity ini. Banyak butter dan tepung yang sia-sia, ada buah yang bila dibakar, kembang bulat, ada yang merekah, dan ada yang rasa tak sedap. Hampir 5 resepi saya cuba, mengecewakan :).

Akhirnya saya terjumpa satu resepi ini. Itupun tak berjaya sangat, tetapi saya baru teringat, pernah baca somewhere, biskut yang kurang tepung, bila dibakar akan kembang. Ya hipotesis yang boleh digunakan. 

Selepas berjaya mendapatkan resepi yang bukan saja sesuai, tapi juga sedap, maka saya terus explorasi tentang cara membentukkannya. Alhamdulillah part ni tak susah, practise make perfect. Untuk bentuk, saya tak suka tart buah yang terlalu besar, bila nak makan, terpaksa gigit berkali-kali, dan saya suka tart yang kecil, sebesar tart nenas gulung, tetapi tak sesuai untuk diletakkan dalam bakul nanti. Maka saiz sedang-sedang menjadi pilihan.

Kemudian, kemuncak tart ini, stage yang hampir membuatkan saya hampir give up. Glazing stage. Part ni, saya tak de idea langsung bagaimana nak dapatkan tart yang berkilat seperti gambar pertama.

Di glaze dengan kuning telur, belum cukup 10 minit tart dibakar, sudah merekah-rekah.

Di glaze dengan kuning telur yang dicampur susu, pun begitu.

Cuba pula menggunakan putih telur, lain pula jadinya.

Saya betul-betul buntu, akhirnya saya melihat kembali gambar-gambar dari kelas Puan Mirawati. Saya lihat dan terus berfikir. Kuning telur untuk glaze mereka nampak cair dan berwarna krim, maknanya? Jawapan saya, maybe mereka menambahkan fresh milk dengan telur. Kemudian tertanya-tanya lagi, kenapa mereka glaze biskut yang sudah siap dieksasorikan? Kenapa?

Jawapannya, maybe mereka membakar terlebih dahulu biskut hingga masak, kemudian baru glaze. Yes Alhamdulillah saya dapat jawapannya, maka saya bakar biskut hingga masak, kemudian glaze dan bakar lebih kurang 4 minit sahaja. Sehingga kuning telur kering. Saya pernah bakar lebih dari itu, biskut jadi x cantik, nampak ranum :)

Alhamdulillah, biskut saya 90% sama seperti dalam gambar. Sangat bersyukur dan berpuas hati. Inilah pengalaman pertama saya mengexplorekan diri sepenuhnya untuk mendapatkan satu resepi & teknik tanpa bantuan sesiapa.

Kesimpulannya juga, kos percubaan untuk mendapatkan tart & bakul, lebih kurang sama dengan kos menghadiri kelas. Sesiapa yang nak save tenaga dan masa, silalah hadiri kelas, jangan jadi seperti saya terpaksa spent masa berhari-hari dan tenaga & wang, hingga hari bertunang tu, kawan tegur "hang nampak kurus" hehe...

Apa-apapun, ikut kehendak masing-masing. Saya bahagia dengan usaha ini, self taugt is worthy :)

Lastly terima kasih pada owner resepi tat gulung yang telah saya edit untuk dijadikan tart buah, dan pada Puan Mirawati, kerana gambar kelas tart & bakulnya sangat membantu saya. Maaf jika segala kesimpulan yang saya buat diatas sama seperti yang Puan Mirawati ajar, serius, ini adalah hasil kajian & tekaan sendiri, tiada siapa pun yang memberikan hint dan sebagainya.

p/s : lepas ni entri pasal bakul buah pulak.

2 comments:

  1. Maksudnya bakar dulu tart tu tanpa glaze da msk br glaze ya utk kekalkn warna

    ReplyDelete
  2. Ade amik tempahan ke
    Lau ade quote harge

    ReplyDelete