Sunday, 24 June 2012
Kuih Qasidah
Kuih Qasidah ni, adalah kuih tradisi orang Kedah. Sedap, rasa berlemak walaupun tak guna santan. Resepi asal dari Periuk Tanah, tapi saya dah doublekan dan ubah sikit-sikit :
Bahan-bahan (loyang saiz 8 inci) :
2 cawan tepung gandum
6 cawan air
11 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam (sedikit je)
2 sudu teh air kapur- cair
Bahan untuk ditabur:
6 ulas bawang merah ros, dihiris nipis - agak2 jer
Cara membuatnya:
1. Satukan air + tepung. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan2 lain kecuali bawang ke dalam periuk. Gunakan api perlahan.
2. Kacau sentiasa adunan di atas api sehingga adunan pekat dan berkilat.
3. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Sejukkan 30 minit.
4. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng bawang hingga keperangan. Tuang bawang dan minyaknya sekali ke atas kuih yang telah disejukkan tadi. Masukkan ke dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidang.
p/s : sedapp...orang tua-tua suka :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment