Pages

Wednesday, 9 March 2011

Chocolate Banana Cake


Ermm  malu nak letak pic ni, sebab comot kot kek ni....x kemas, tp kalau x letak...bila nak letak resepi kan?? nak bake sekali lagi, cam nanti2 jer....so tak pa lah, x kemas janji ada(ayat ni tak sesuai dipraktikan.)...sebenarnya kan x sangka boleh buat kek ni....rasa sebijik sama kat secret resepi...best!!...tp x bley makan banyak2, sbb muak..kek ni heavy....

kenapa comot?? sebab x sabar nak potong nak ambik gambar....kenapa frosting x lincin sebab nak jimat coklat huhu (patutnya curahkan saja, x perlu sapu2....) hehe...anyway love it so much....

untuk kek umyrah guna resepi dari Matgebu. Filling lak kak wan.

KEK CHIFFON COKLAT
sumber : MatGebu

Bahan-bahan ( Saiz kek = 23 cm )
A:-
100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk penaik
1 camca teh esen vanila
50 ml minyak jagung
4 kuning telur (Gred A)
60 g gula halus
1 camca besar coklat emulco*
30 g serbuk koko*
100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)

 B:-
4 putih telur (Gred A)
120 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Jom kita buat, jom!! :
1.Dalam satu bekas. Satukan ke semua bahan2 A hingga sebati. Ketepikan
2.Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. 
   Terus   memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental"Kental" disini bermaksud, jika alat pemukul itu diperbalikkan, puncak yg terhasil kukuh dan tidak terlentok. Seperti dalam gambar.
3.Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
4. Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dgn perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
5.Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega. 6.Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaya.
7.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. Hias ikut suka...Gambar menunjukkan acuan kek chiffon berukuran 23 cm yg mat gunakan utk resepi ini. Selamat mencuba......

Untuk krim pulak guna yang ni :
sumber : kak wan

Kek Filing :
400ml whipping cream (manis)
100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
6 biji pisang berangan (dihiris nipis)

Coklat Ganache/Frosting :
140ml UHT whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan
1 tbsp mentega (optional)

Jom kita buat, jom!! :
1.Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
2.Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
3.Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
4.Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
5.Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.

Tuesday, 8 March 2011

Cheesecake Best Ever


Chesecake.....dah lama x bake cheesekek....cheesekek x masuk dalam senarai hehe bukan sebab x sedap ke apa...tapi sebab harga cheese tu cekik darah hehe....mahai...cheesekek ni  akak request suruh buat untuk BIL yang tringin nak makan chesekek(fav dia)..so semua perbelanjaan ditanggung mereka...hehe..so umyrah cuba resepi ni, ambik dari FNR...

yang ni tak mcm cheesekek lain, biasanya sebelum ni  cuba resepi yang guna skit bahan jer,...yg ni bahannya banyak, pastu kena wat meringue lagi....susah juga sbb selalunya kek yang umyrah buat, kalau guna meringue mesti tak jadi hehe...yg ni pun meringue x jadi pun hehe tapi x efek sgt kat chesekek ni...


masa pukul meringue tu mmg dah tau tak jadi punya...pastu tetap buat jugak, tengok2 eh jadi lak hehe...pastu research how to beat meringue, alhamdulillah akhirnya dapat belajar teknik betul utk pukul meringue....skrg ni dah x takut nak buat kek yg guna meringue dah, dah over confident hehe...so thanks to sis waterlilly atas resepi ni...sangat2 sedap!!...

CHEESECAKES BEST EVER
Sumber : waterlily FNR

Bahan :
Sebungkus biskut Oatmeal Jacobs - hancurkan, gaul dgn butter utk base. (umyrah guna chipsmore)
250g Philadelphia cream cheese 
50g mentega tanpa garam 
130g gula halus / castor
4 biji telur -asingkan kuning dan putih 
1 tsp serbuk tartar  ( umyrah omit je)
150ml plain yogurt -saya guna brand Marigold(umyrah guna nestle, tp tak cukup pun 150ml)
2 sudu besar jus limau nipis (umyrah buh 1 sb lemon je)
2 tbs cornflour
1cawan whipping cream

Jom kita buat, jom!!:
1. Untuk base. Hancurkan biskut dan gaul dgn enough butter utk jadikan base cheesecake. Yg suka rasa lebih manis bolehla gaul sekali dgn 2tbs gula castor. Tekan dan ratakan dlm loyang pie. Sejukkan dlm freezer selama 10-15 minit.

Untuk adunan kek.
2. Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi 
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, serbuk tartar diikuti dengan yogurt dan jus limau nipis
4. Masukkan pula cornflour dan gaul sehingga sebati .
5. campurkan whipping cream. Kacau sebati
6. Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang dan stiff. 
7. Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Kaup balikkan hingga adunan sebati.
8.Tuang adunan ke dalam loyang yg ada base tadi. Bakar pada suhu 160 degree selama 50-60 minit dgn kaedah waterbath.
9. Setelah masak alihkan air panas tetapi tinggalkan loyang berisi kek utk menyejuk dlm ketuhar yg terbuka sedikit selama lebih kurang 1 jam. Kemudian boleh la disejukkan diluar. 
10. Bila dah betul2 sejuk, masukkan ke dlm petisejuk selama 4-5 jam utk rasa cheesecake yg lebih enak.

Tips :  Kaedah nak bake cheesecake ni kalo ikut style saya lain sbb saya  baca di satu website that kalo kita buat style waterbath dimana kita letak loyang adunan dlm loyang lain yg berisi air panas tu.. ianya akan membuatkan base biskut kita soggy. Lagipun dah serik dedulu w/pun dah balut loyang dgn alum foil luar dalam, tp air meresap masuk juga, hancus cheesecake i.
So skg my style ialah x payah balut lagi loyang dgn aluminium foil, just letak loyang adunan kat middle rack, then rack yg bawah sekali I letak loyang muffin dimana lubang2 muffin tu I dah letak air panas. And so far, biskut base tak soggy, rasa crunchy.. sedap.

Carrot Cake Cream Cheese Frosting

Carrot kek?? Apa ek rasa kek yang ada karot??
Haaa sebelum ni tertanya2, camna la rasa kek ni...jumpa resepi kek karot since form 4 lagi, tp tak pernah berani nak cuba, sbb tengok resepi ada nutmeg la, cinamon powder...walnut..camna ek rasanya....takut nak try, ada forumer kata, pi le beli slice kat SR dan rasa...

Pastu awal tahun ni(see berapa lama gap tu dari form 4)...beranikan diri cuba, then...then...the taste is so so great!!...tak sangka sesedap ni...hehe kalau tau dah lama buat...makan lak ngan topping cheese mmg superb mabeless...

Fedback dari my  family - sgt sedap, rasa carrot walnut...prune/kismis....mewahhh...mak myrah cakap, nanti raya buat kek ni 2 biji...kek coklat x yah buat dah....pastu akak pun berulang kali makan kek ni...BIL siap promote kat kawan dia cakap, kek ni dari sedap dari SR...hehe...cikgu2 sk SRI Muda dah banyak kali repeat order... kek ni dah jadi kek fev....bak kata forumers FNR, ni all favaurite time cake..oohh lupa lak, umyrah tak suka kalau kek ni topping cheese dia tebal..muak hehe..to kak wani, tenkiu sgt2 coz share this recipe...serius sedap sgt...luv it kak..

oklah panjang lak...ni resepinya...

CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
sumber : syazwaniadnan

Bahan-bahan ( 9 inch ) :
1 1/4 cup minyak jagung (kalo darurat, myk masak pn blh)
4 biji telur gred B
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
250 gm tepung high protein (tepung gandum pn ok)
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)
1 1/2 cup carrot yg telah disagat
1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub - ditoskan airnya)
1 tbs susu pekat (utk moist - kalau xnak xpe)

Cream Cheese Frosting
120gm gula icing
250gm cream cheese
120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la)

Jom kita buat, jom!!:
Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
akhir sekali, masukkan carrot, raisins. gaul sebati.
masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.
cream cheese frosting
masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP). guna blender pn ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.
utk lebih sedap, chill kan semalaman.
note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila btul2 nk makan baru bring out.
happy baking! ^__*

Chewy Goowey Yummy Brownies


Resepi brownies ni mmg best!! dah banyak kali buat....nyum2 cuma setiap kali buat...gula umyrah kurangkan....hehe dah jadi habit, semua kek mesti gula akan dikurangkan...seb baik manis still ada hehe..

Chewy Gooey Yummy Brownies
sumber : 1mas2ra
Ingredients
(A) - to be melted
250 grams butter - cut into cubes
400 grams chocolate - cut into cubes or grate them

(B)
5 large (i used A sized) eggs
1 teaspoon vanilla essence
1 tablespoon chocolate emulco
290 grams brown sugar

(C) - to be sifted together
90 grams all-purpose flour (i used Hong Kong Flour)
50 grams cocoa powder
100 grams nuts (it's optional. toast them first and mix them with flour and cocoa powder)

Instructions
1. Preheat the oven to 160C. prepare a 9x12 inch baking tin with parchment or paper. set aside.
2. Double boil the butter and cooking chocolate. or u may also place them in microwave for 30 seconds. after that, take it out from microwave and stir until they are completely melted. set aside, let it cool
3. In another bowl, beat the eggs, vanilla essence, chocolate emulco and brown sugar using whisk. whisk them together until sugar is ressolved.
4. Combine the (A) ingredients and (B). stir them well. quickly proceed to step no. 5 as this mixture easily get harden that will cause you a little bit difficult to fold in the flour.
5. Gradually add the (C) ingredients into the (A) and (B) mixture. this time, use your wooden or plastic spatula to fold in the flour. avoid overmixing the ingredients in this step.
6. Spoon over the batter into the baking tin, spread them well.
7. Bake at 160C for 45 minutes or until skewer inserted comes out clean.
8. Take it out from the oven, let it cool for 10 minutes. quickly cut the brownie into pieces. notice that this type of brownie can get harden easily. once it is cooled, it'll be difficult for you to cut them.

1/2 resepi ; 1 JAM LOYANG 8

Tart Telur


TART TELUR
sumber : zlinda mz
Bahan-bahan ( utk satu bekas tart yg besar tuh )

Bahan utk crust :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur

Bahan utk filling : 
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence

Cara-cara:

Utk buat crust : 
Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
Masukkan butter. Sebatikan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.

Cara utk buat filling dia pulak : 
Pukul gula dan telur.
Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
Selamat menjamu selera!

Blueberry Cheesetart


Buat cheesetart ni utk kawan2...sedap...cuma x cantik..huhu

BLUEBERRY CHEESETART
sember : haz amon

Bahan-bahan ( 10 biji )

Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-cara :
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

Biskut Coklat Chips

Biskut coklat chip ni resepi kak liza...beberapa tahun lepas dah pernah buat, sgt sedap!! kali ni buat pun sedap sgt even x de coklat chips..

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP 
sumber : kak liza 

Bahan A
 
250 g butter 
160 g gula halus 
1 biji kuning telur 
1 s/k esen vanilla 

Bahan B [gaul rata] 
230 g tepung gandum] 
20 g serbuk koko ] ayakkan 
100 g coklat cips 
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] 
50 g badam cincang [roasted] 
50 g nestum 

Cara 
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati. 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. 
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu. 
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. 
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. 
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara. 

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum.. 
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati.. 


then terlebih rajin lagi...2 hari lepas tu buat biskut coklat chips resepi lain lak...sedap more to butter cookies, my family kata sedap dari yg atas, but for me, yang kak liza the best 1...lain orang lain rasa...

CHOCOLATE CHIPS COOKIES
sumber : kak fida


Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg )

190 g mentega- lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor/icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap)
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar- di panggang
1 biji telur -yg sedang
Cara-cara

Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.


Orange Buttercake


ORANGE BUTTER CAKES
sumber : bebop fnr
200 gm tepung gandum
1/4 tsp baking powder
1/2 sudu besar susu tepung  (kekadang saya guna susu baby..hehehe...)
250 gm butter
5 bj telur
175 gm gula
2 sudu besar orange juice  
parutan kulit limau dari sebiji limau  

Pukul tepung, baking powder, susu, butter hingga gebu dan tidak berbintil2.  Dimangkuk asing pukul telur dgn gula hingga lembut dan pekat, kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedlm adunan telur dan kacau sebati.  selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.  Tuang adunan kedalam loyang 9" dan bakar dalam 30 - 40 minit pada suhu 170C.  Nak masuk dalam cup cake pun boleh jugak.