Pages

Saturday, 16 April 2011

ROTI BENGGALI



ROTI BENGGALI
Sumber : Sofinar 

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
Bahan A
350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam
Bahan B
120 - 160 ml air suam
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Jom kita buat, jom!!:
1.Bahan B digaul bersama
2.Semua Bahan A digaul sebentar
3.Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
4.Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
5.Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
6.Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
7.Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

ROTI MARBLE COKLAT


Sedappnya roti ni...buat separuh adunan saja, buat time diet...so rasa2 skit je lah... dugaan...tp yg lain2 makan kejap ja habih...makan panas2 best!!

ROTI MARBLE COKLAT
Sumber : Onigiri

Bahan-bahan:
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Jom kita buat, jom!!:
1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
2. Perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah  sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
4. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
5. Tutupkan keseluruhan adunan tadi.
6. Potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
7. Letak dlm sandwish loaf.
8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
9. Siap dibakar dan sejukkan atas redai.

Potato Bread



Dah lama x buat roti...kali terakhir buat roti ni, masa form 5...(tgh tunggu result)....buat roti sebenarnya sangat mudah, lagi mudah kalau ada breadmaker...campak semua bahan, biar BM tu uli sampai lembut....pastu kita bentukkan sendiri, bakar...

tp disebabkan x de break maker....so guna lah tgn anugerah illahi ni...sgt best uli roti, rasa relax....resepi ni ambik dari buku chef ALEX GOH.

POTATO BREAD 
Sumber :Alex Goh

Ingredients :
(A)
600g bread flour
70g sugar
1 1/2 teaspoons salt
1 1/2 tablespoons milk powder
4 teaspoons instant yeast

(B)
1 egg
270ml cold water

(c)
120g mashed potato*
60g butter

(D)
Custard

Lets do it!!:
1. Mix (A) till well blended. Add (B) and knead to form a dough.
2. Add (C), continue to knead to form a smooth and elastic dough.
3. Make the dough into a ball. Put in a bowl and cover with clear film. Put in a warm place to prove for 45 minutes.
4. Mould the dough into a balll and leave it to rest for a further 15 minutes.
5. Divide the dough into several 30g pieces. Mould them into balls and put them on a greased 23cm square baking pan, 16 pieces per pan. Makes 2 pans.
6. Cover and leave to prove for 40 minutes or till twice the size.
7. Brush with egg wash and pipe the custard to make a cross on top.
8. Bake at 180 C for 25 minutes on the lower shelf of the oven. Serve.

** As the dough is a bit sticky, put some flour on your hands before you start to make into balls.

Custard:
Thoroughly mix 30g (60ml) custard powder, 30g (375ml) sugar and 50ml milk, while 450ml milk is being brought to boil. Add boiling milk to mixture, stirring well. Return to low heat, stirring continuously until it thickens. Recipe to be adjusted because I think it's just too much for this recipe


yg ni myrah buat 4 tahun lepas hehe...

Cheese Marble Brownies


p/s : x cantik kan marble cheese brownies ni?? nak salah kan sapa ya??

ok brownies ni buat, sbb nak habiskan cream cheese..so try la resepi ni, resepi yg femes jugakla...alhamdulillah senang saja, mixer pun x guna...bila dah masak...abg cepat2 nak makan,...tunggulah kejap kan...lepas 30 minit, dia x tersabar2 dah...so keluarkan dari loyang dan potong la....so jadi lah x kemas camni....

pengajaran, potong bila dah betul2 sejuk...insyaALLAH dijamin kemas!!(kalau x kemas jugak, salahkan pisau hehe)....but kali ke2 dan ke3 myrah biarkan betul2 sejuk...baru kuarkan dari loyang...senang je...dan rasa pun sangat sedap...

MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber : Rinchan

Bahan-bahan : 
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Jom kita buat, jom!!:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese: 
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Jom kita buat, jom!!:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

note : 
- Angkat brownies ni bila dah betul2 sejuk tau!!
- umyrah bakar 20 minit untuk browniies, 20 minit untuk lapis cheese (10 minit terakhir api atas bawah).

Brownies Lapis Cheese Kukus


Nak cakap apa ya tentang brownies ni??

Brownies buat lepas buat marble cheese brownies yg org order. Nak habiskan cream cheese, pastu tengok fedback cakap sedap n myrah try lah...the result, senang sgt, and mmg sedap...lembab...pastu makan lak ngan topping coklat....hmmm so yummyyy....

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS
Sumber : mrsdayat

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" ):
*500g campuran brownies kukus (premix)
*4 biji telur gred B
*75ml minyak masak
*200ml air
*5g baking powder
*5g soda bikarbonat
**inti cream cheese**
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
25ml air

Jom kita buat, jom!!:
1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit.

Lapis cheese :
1. Campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang.
2. Kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)

Jom melapis :
1. Masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
2. Masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
3. Masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..

Note :
- Premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply.kalo tak jumpe,bule gune resepi brownies yg ade....jadik jugee....=)
- Balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar

Friday, 15 April 2011

Crazy Chocolate Cake

Kek ni buat waktu boring. Saja nak cuba, sebab kek ni tak pakai telur..takyah guna mixer bagai..Tengok fedback kat sini ramai kata best...so  try lah half resepi ni....the result is, nak buatnya senang sgt(org yg tak pandai buat kek, mesti jadi)....dan rasa pun not too bad...(myrah tak brapa minat texture kek ni)...

Crazy Chocolate Cake
Sumber : Aludra

Bahan-bahan ( 18cmX18cm ) :
1 cawan / 120 gram tepung gandum
1 cawan / 180gram gula halus
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil vanilla
1 cawan air sejuk

Jom kita buat, jom!! :
1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni.