Pages

Friday, 8 April 2011

Kek coklat kukus

Ni kek cokelat yg myrah buat 2 hari lepas..

Buatpun pukui 12.30 pagi dah sbb tak mengantuk...

so terjadilah kek ni....senang sgt nak buat...dan rasanya sgt sedap...tak tipu ni...myraah buat separuh dari resepi, pastu buat dua versi...satu kukus satu bakar...dedua sedap...bakar pun tetap moist...ni the best resepi kek coklat yg myrah pernah try...

Kek Coklat Moist Kukus
sumber : AlongRoz

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Jom kita buat, jom!! :
1.Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2.Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3.Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4.Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
5..Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan.

Topping :

150gm cooking chocolate
50gm susu cair/fresh milk
1 sb butter.

Double boil semua bahan...pastu tuang atas kek...

No comments:

Post a Comment