Pages

Wednesday, 9 March 2011

Chocolate Banana Cake


Ermm  malu nak letak pic ni, sebab comot kot kek ni....x kemas, tp kalau x letak...bila nak letak resepi kan?? nak bake sekali lagi, cam nanti2 jer....so tak pa lah, x kemas janji ada(ayat ni tak sesuai dipraktikan.)...sebenarnya kan x sangka boleh buat kek ni....rasa sebijik sama kat secret resepi...best!!...tp x bley makan banyak2, sbb muak..kek ni heavy....

kenapa comot?? sebab x sabar nak potong nak ambik gambar....kenapa frosting x lincin sebab nak jimat coklat huhu (patutnya curahkan saja, x perlu sapu2....) hehe...anyway love it so much....

untuk kek umyrah guna resepi dari Matgebu. Filling lak kak wan.

KEK CHIFFON COKLAT
sumber : MatGebu

Bahan-bahan ( Saiz kek = 23 cm )
A:-
100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk penaik
1 camca teh esen vanila
50 ml minyak jagung
4 kuning telur (Gred A)
60 g gula halus
1 camca besar coklat emulco*
30 g serbuk koko*
100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)

 B:-
4 putih telur (Gred A)
120 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Jom kita buat, jom!! :
1.Dalam satu bekas. Satukan ke semua bahan2 A hingga sebati. Ketepikan
2.Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. 
   Terus   memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental"Kental" disini bermaksud, jika alat pemukul itu diperbalikkan, puncak yg terhasil kukuh dan tidak terlentok. Seperti dalam gambar.
3.Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
4. Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dgn perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
5.Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega. 6.Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaya.
7.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. Hias ikut suka...Gambar menunjukkan acuan kek chiffon berukuran 23 cm yg mat gunakan utk resepi ini. Selamat mencuba......

Untuk krim pulak guna yang ni :
sumber : kak wan

Kek Filing :
400ml whipping cream (manis)
100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
6 biji pisang berangan (dihiris nipis)

Coklat Ganache/Frosting :
140ml UHT whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan
1 tbsp mentega (optional)

Jom kita buat, jom!! :
1.Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
2.Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
3.Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
4.Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
5.Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.

No comments:

Post a Comment