Pages

Friday, 15 April 2011

Crazy Chocolate Cake

Kek ni buat waktu boring. Saja nak cuba, sebab kek ni tak pakai telur..takyah guna mixer bagai..Tengok fedback kat sini ramai kata best...so  try lah half resepi ni....the result is, nak buatnya senang sgt(org yg tak pandai buat kek, mesti jadi)....dan rasa pun not too bad...(myrah tak brapa minat texture kek ni)...

Crazy Chocolate Cake
Sumber : Aludra

Bahan-bahan ( 18cmX18cm ) :
1 cawan / 120 gram tepung gandum
1 cawan / 180gram gula halus
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil vanilla
1 cawan air sejuk

Jom kita buat, jom!! :
1. Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
2. Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
4. Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
5. Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni.

No comments:

Post a Comment