Pages

Tuesday, 8 March 2011

Biskut Coklat Chips

Biskut coklat chip ni resepi kak liza...beberapa tahun lepas dah pernah buat, sgt sedap!! kali ni buat pun sedap sgt even x de coklat chips..

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP 
sumber : kak liza 

Bahan A
 
250 g butter 
160 g gula halus 
1 biji kuning telur 
1 s/k esen vanilla 

Bahan B [gaul rata] 
230 g tepung gandum] 
20 g serbuk koko ] ayakkan 
100 g coklat cips 
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] 
50 g badam cincang [roasted] 
50 g nestum 

Cara 
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati. 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. 
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu. 
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. 
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. 
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara. 

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum.. 
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati.. 


then terlebih rajin lagi...2 hari lepas tu buat biskut coklat chips resepi lain lak...sedap more to butter cookies, my family kata sedap dari yg atas, but for me, yang kak liza the best 1...lain orang lain rasa...

CHOCOLATE CHIPS COOKIES
sumber : kak fida


Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg )

190 g mentega- lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor/icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap)
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar- di panggang
1 biji telur -yg sedang
Cara-cara

Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.


No comments:

Post a Comment