Chesecake.....dah lama x bake cheesekek....cheesekek x masuk dalam senarai hehe bukan sebab x sedap ke apa...tapi sebab harga cheese tu cekik darah hehe....mahai...cheesekek ni akak request suruh buat untuk BIL yang tringin nak makan chesekek(fav dia)..so semua perbelanjaan ditanggung mereka...hehe..so umyrah cuba resepi ni, ambik dari FNR...
yang ni tak mcm cheesekek lain, biasanya sebelum ni cuba resepi yang guna skit bahan jer,...yg ni bahannya banyak, pastu kena wat meringue lagi....susah juga sbb selalunya kek yang umyrah buat, kalau guna meringue mesti tak jadi hehe...yg ni pun meringue x jadi pun hehe tapi x efek sgt kat chesekek ni...
masa pukul meringue tu mmg dah tau tak jadi punya...pastu tetap buat jugak, tengok2 eh jadi lak hehe...pastu research how to beat meringue, alhamdulillah akhirnya dapat belajar teknik betul utk pukul meringue....skrg ni dah x takut nak buat kek yg guna meringue dah, dah over confident hehe...so thanks to sis waterlilly atas resepi ni...sangat2 sedap!!...
CHEESECAKES BEST EVER
Sumber : waterlily FNR
Bahan :
Sebungkus biskut Oatmeal Jacobs - hancurkan, gaul dgn butter utk base. (umyrah guna chipsmore)
250g Philadelphia cream cheese
50g mentega tanpa garam
130g gula halus / castor
4 biji telur -asingkan kuning dan putih
1 tsp serbuk tartar ( umyrah omit je)
150ml plain yogurt -saya guna brand Marigold(umyrah guna nestle, tp tak cukup pun 150ml)
2 sudu besar jus limau nipis (umyrah buh 1 sb lemon je)
2 tbs cornflour
1cawan whipping cream
Jom kita buat, jom!!:
1. Untuk base. Hancurkan biskut dan gaul dgn enough butter utk jadikan base cheesecake. Yg suka rasa lebih manis bolehla gaul sekali dgn 2tbs gula castor. Tekan dan ratakan dlm loyang pie. Sejukkan dlm freezer selama 10-15 minit.
Untuk adunan kek.
2. Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, serbuk tartar diikuti dengan yogurt dan jus limau nipis
4. Masukkan pula cornflour dan gaul sehingga sebati .
5. campurkan whipping cream. Kacau sebati
6. Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang dan stiff.
7. Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Kaup balikkan hingga adunan sebati.
8.Tuang adunan ke dalam loyang yg ada base tadi. Bakar pada suhu 160 degree selama 50-60 minit dgn kaedah waterbath.
9. Setelah masak alihkan air panas tetapi tinggalkan loyang berisi kek utk menyejuk dlm ketuhar yg terbuka sedikit selama lebih kurang 1 jam. Kemudian boleh la disejukkan diluar.
10. Bila dah betul2 sejuk, masukkan ke dlm petisejuk selama 4-5 jam utk rasa cheesecake yg lebih enak.
Tips : Kaedah nak bake cheesecake ni kalo ikut style saya lain sbb saya baca di satu website that kalo kita buat style waterbath dimana kita letak loyang adunan dlm loyang lain yg berisi air panas tu.. ianya akan membuatkan base biskut kita soggy. Lagipun dah serik dedulu w/pun dah balut loyang dgn alum foil luar dalam, tp air meresap masuk juga, hancus cheesecake i.
So skg my style ialah x payah balut lagi loyang dgn aluminium foil, just letak loyang adunan kat middle rack, then rack yg bawah sekali I letak loyang muffin dimana lubang2 muffin tu I dah letak air panas. And so far, biskut base tak soggy, rasa crunchy.. sedap.
No comments:
Post a Comment