Sedapnyaaa..Saya dah edit ikut citarasa...
Daging Lada Hitam Bercili :
Sumber : Potret Kasih
Bahan :
200 g daging lembu
2 labu bawang besar ( potong bulat)
5 biji cili padi ( hiris atau sebiji )
2 ulas bawang putih ( dihiris)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam ( ditumbuk)
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun sup
sedikit gula
sedikit minyak masak
Cara Penyediaan
1. Masak daging hingga kering air dalam kuali. Jika daging keras sila tambah air dan masak semula hingga empuk.
2. Jika daging sudah empuk masukkan minyak (agak-agak jer) dan goreng seketika.
3. Masukkan bahan2 hiris ke dalam daging tadi.
4. Masukkan lada hitam tumbuk dan sos tiram serta kicap manis.
5. Tambahkan sedikit air kemudian masukkan daun ketumbar.
6. Sesuaikan rasa dan angkat!.
No comments:
Post a Comment