Puding Kasih Bertaut
Sumber : OvenKecil
Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 3 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula - kurangkan skit
1 biji telur
Pewarna
Cara-cara :
1.Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
2.Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
3.Bahagi larutan agar-agar kepada beberapa bahagian dan warnakan, tuang dalam acuan pelbagai bentuk / potong kecil. Biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
4.Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
900gm gula merah
2 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.
No comments:
Post a Comment