Pages

Saturday, 16 April 2011

Cheese Marble Brownies


p/s : x cantik kan marble cheese brownies ni?? nak salah kan sapa ya??

ok brownies ni buat, sbb nak habiskan cream cheese..so try la resepi ni, resepi yg femes jugakla...alhamdulillah senang saja, mixer pun x guna...bila dah masak...abg cepat2 nak makan,...tunggulah kejap kan...lepas 30 minit, dia x tersabar2 dah...so keluarkan dari loyang dan potong la....so jadi lah x kemas camni....

pengajaran, potong bila dah betul2 sejuk...insyaALLAH dijamin kemas!!(kalau x kemas jugak, salahkan pisau hehe)....but kali ke2 dan ke3 myrah biarkan betul2 sejuk...baru kuarkan dari loyang...senang je...dan rasa pun sangat sedap...

MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber : Rinchan

Bahan-bahan : 
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Jom kita buat, jom!!:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese: 
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Jom kita buat, jom!!:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

note : 
- Angkat brownies ni bila dah betul2 sejuk tau!!
- umyrah bakar 20 minit untuk browniies, 20 minit untuk lapis cheese (10 minit terakhir api atas bawah).

No comments:

Post a Comment