Pages

Tuesday, 13 March 2012

Biskut Koko Rangup

Biskut Koko Rangup
Sumber : Yani Myresepi

Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm ) :
50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam

Cara-cara :
1. Potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper.
2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. 4. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
5. Bakar selama 25-30 minit.
6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

No comments:

Post a Comment