Pages

Wednesday, 27 June 2012

Kuih Taik Minyak


Kuih Taik Minyak / Kole Kacang
Sumber : Che'iza

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

1 cwn santan pekat **
1 cawan gula merah *
2 sb gula pasir *
1 cwn air *
beberapa helai daun pandan disimpul *
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara :
1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
2.Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
3.Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
4.Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
5.Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Agar-agar Lumut


Agar-Agar Lumut
Sumber : Nizadin

Bahan-bahan :
10 gram agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150ml air
100ml santan
1 biji telor pukul dgn santan
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:

1. Masak air dgn gula dan daun pandan, bila dah larut masukkan agar-agar dan kacau hingga larut.
2. Kecilkan api, kemudian tuang campuran santan dan telor, garam kacau terus hingga mendidih.tuang dalanm acuan yang anda sula dasn sejukkan.

Kerutuk Daging


Kerutuk Daging
Sumber : Makyong

Bahan-bahan ( 5 orang )
500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling - umyrah guna cili kisar
1/2 biji bawang besar -
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan - gula merah
2 sudu besar kerisik

[bahan tumis]
1/2 bawang besar - guna 2 biji
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih -3 ulas
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak - agak2 je

Cara-cara :
1.Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan. (next time umyrah akan rebuskan dulu supaya daging lembut).
2.Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3.Panaskan minyak
4.Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5.Kemudian masukkan campuran rempah tadi. Masak sehingga pecah minyak
6.Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
7.Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
8.Siap untuk dihidang.

Sunday, 24 June 2012

Puding Kasih Bertaut


Puding Kasih Bertaut
Sumber : OvenKecil

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 3 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula - kurangkan skit
1 biji telur
Pewarna

Cara-cara :
1.Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut.  Kecilkan api.
2.Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.  Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!)  Setelah mendidih, tutup api.
3.Bahagi larutan agar-agar kepada beberapa bahagian dan warnakan, tuang dalam acuan pelbagai bentuk / potong kecil. Biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
4.Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
900gm gula merah
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

Tart Nenas 2

Tart Nenas
Sumber : Secubit Garam


250gm butter
2 1/2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur
10gm tepung kastard                                 }
50gm tepung jagung                                  } ayak
470gm tepung gandum ~ utk tart gulung     }
**kalau terlembut, tambah sedikit tepung untuk buat tart bunga.

* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya

Hiasan:
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara-cara :
1.Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
2.Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
3.Pukul lagi hingga sebati.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
5.Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
6.Bentukkan dan sapukan kuning telur.
7.Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

Daging Lada Hitam Bercili

Sedapnyaaa..Saya dah edit ikut citarasa...

Daging Lada Hitam Bercili :
Sumber : Potret Kasih

Bahan :

200 g daging lembu
2 labu bawang besar ( potong bulat)
5 biji cili padi ( hiris atau sebiji )
2 ulas bawang putih ( dihiris)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam ( ditumbuk)
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun sup
sedikit gula
sedikit minyak masak

Cara Penyediaan

1. Masak daging hingga kering air dalam kuali. Jika daging keras sila tambah air dan masak semula hingga empuk.
2. Jika daging sudah empuk masukkan minyak (agak-agak jer) dan goreng seketika.
3. Masukkan bahan2 hiris ke dalam daging tadi.
4. Masukkan lada hitam tumbuk dan sos tiram serta kicap manis.
5. Tambahkan sedikit air kemudian masukkan daun ketumbar.
6. Sesuaikan rasa dan angkat!.

Kuih Qasidah


Kuih Qasidah ni, adalah kuih tradisi orang Kedah. Sedap, rasa berlemak walaupun tak guna santan. Resepi asal dari Periuk Tanah, tapi saya dah doublekan dan ubah sikit-sikit :

Bahan-bahan  (loyang saiz 8 inci) :

2 cawan tepung gandum
6 cawan air
11 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam (sedikit je)
2 sudu teh air kapur- cair

Bahan untuk ditabur:
6 ulas bawang merah ros, dihiris nipis - agak2 jer
Cara membuatnya:

1. Satukan air + tepung. Tapiskan ke dalam periuk.

2. Masukkan bahan2 lain kecuali bawang ke dalam periuk. Gunakan api perlahan.

2. Kacau sentiasa adunan di atas api sehingga adunan pekat dan berkilat.

3. Tuangkan ke dalam acuan atau loyang. Sejukkan 30 minit.

4. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng bawang hingga keperangan. Tuang bawang dan minyaknya sekali ke atas kuih yang telah disejukkan tadi. Masukkan ke dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidang.

p/s : sedapp...orang tua-tua suka :)

Wednesday, 20 June 2012

Tart Buah-Buahan.

Saya suka sangat tengok aneka tart buah ni. Sangat unik. Lagi2 bila tart nenas ni, feveret saya, kalau x sempat buat, mesti beli walau hanya satu bekas saja..

Dah lama bercita-cita nak buat tart nenas buah ni. Kemudian diam macamtue saja, kemudian bila nak bertunang, saya nekad untuk buat tart nenas & bakul ni sebagai hantaran.

Setiap kali melihat tart-tart nenas buah, saya sangat teruja.

credit : Puan Mirawati

credit : Encik Google

Cantik bukan? Sangat cantik, maka tidak hairanlah kelasnya sangat mahal. Saya tidak mampu, maka self taught is better :D

Maka bermulalah explorasi terhadap tart nenas buah-buahan ini. Bukan tak ada resepi yang digunakan untuk tart buah ini, tetap tidak menepati citarasa saya. Apapun, tq pada citarasawan yang tak lokek untuk berkongsi resepi tart buah ini.

Saya ada taste sendiri dalam tart nenas buah-buahan ni. Saya suka tart nenas gambar pertama, nampak natural, berbanding tart nenas yang kedua. Saya tak suka tart nenas yang menggunakan putih telur untuk mewarnakan, kerana ia nampak fake & plastik. Maaf saya tak rasa nak makan :)

Jadi untuk mendapatkan tart nenas seperti gambar pertama sangatlah susah, kerana saya tak boleh bayangkan bagaimana. Tetapi alhamdulillah, berdasarkan gambar kelas Puan Mirawati, maka saya cuba tangkap history gambar tersebut, sangat membantu.

Permulaan, mencari resepi yang sesuai untuk fruity ini. Banyak butter dan tepung yang sia-sia, ada buah yang bila dibakar, kembang bulat, ada yang merekah, dan ada yang rasa tak sedap. Hampir 5 resepi saya cuba, mengecewakan :).

Akhirnya saya terjumpa satu resepi ini. Itupun tak berjaya sangat, tetapi saya baru teringat, pernah baca somewhere, biskut yang kurang tepung, bila dibakar akan kembang. Ya hipotesis yang boleh digunakan. 

Selepas berjaya mendapatkan resepi yang bukan saja sesuai, tapi juga sedap, maka saya terus explorasi tentang cara membentukkannya. Alhamdulillah part ni tak susah, practise make perfect. Untuk bentuk, saya tak suka tart buah yang terlalu besar, bila nak makan, terpaksa gigit berkali-kali, dan saya suka tart yang kecil, sebesar tart nenas gulung, tetapi tak sesuai untuk diletakkan dalam bakul nanti. Maka saiz sedang-sedang menjadi pilihan.

Kemudian, kemuncak tart ini, stage yang hampir membuatkan saya hampir give up. Glazing stage. Part ni, saya tak de idea langsung bagaimana nak dapatkan tart yang berkilat seperti gambar pertama.

Di glaze dengan kuning telur, belum cukup 10 minit tart dibakar, sudah merekah-rekah.

Di glaze dengan kuning telur yang dicampur susu, pun begitu.

Cuba pula menggunakan putih telur, lain pula jadinya.

Saya betul-betul buntu, akhirnya saya melihat kembali gambar-gambar dari kelas Puan Mirawati. Saya lihat dan terus berfikir. Kuning telur untuk glaze mereka nampak cair dan berwarna krim, maknanya? Jawapan saya, maybe mereka menambahkan fresh milk dengan telur. Kemudian tertanya-tanya lagi, kenapa mereka glaze biskut yang sudah siap dieksasorikan? Kenapa?

Jawapannya, maybe mereka membakar terlebih dahulu biskut hingga masak, kemudian baru glaze. Yes Alhamdulillah saya dapat jawapannya, maka saya bakar biskut hingga masak, kemudian glaze dan bakar lebih kurang 4 minit sahaja. Sehingga kuning telur kering. Saya pernah bakar lebih dari itu, biskut jadi x cantik, nampak ranum :)

Alhamdulillah, biskut saya 90% sama seperti dalam gambar. Sangat bersyukur dan berpuas hati. Inilah pengalaman pertama saya mengexplorekan diri sepenuhnya untuk mendapatkan satu resepi & teknik tanpa bantuan sesiapa.

Kesimpulannya juga, kos percubaan untuk mendapatkan tart & bakul, lebih kurang sama dengan kos menghadiri kelas. Sesiapa yang nak save tenaga dan masa, silalah hadiri kelas, jangan jadi seperti saya terpaksa spent masa berhari-hari dan tenaga & wang, hingga hari bertunang tu, kawan tegur "hang nampak kurus" hehe...

Apa-apapun, ikut kehendak masing-masing. Saya bahagia dengan usaha ini, self taugt is worthy :)

Lastly terima kasih pada owner resepi tat gulung yang telah saya edit untuk dijadikan tart buah, dan pada Puan Mirawati, kerana gambar kelas tart & bakulnya sangat membantu saya. Maaf jika segala kesimpulan yang saya buat diatas sama seperti yang Puan Mirawati ajar, serius, ini adalah hasil kajian & tekaan sendiri, tiada siapa pun yang memberikan hint dan sebagainya.

p/s : lepas ni entri pasal bakul buah pulak.

Saturday, 16 June 2012

Biskut Y

Biskut Y

250gm Butter
3 1/2 cawan tepung gandum 210
1 cawan gula - 200gm

Cara-cara :

1. Gaul Butter bersama gula.
2. Masukkan tepung - masukkan sikit-sikit hingga boleh kepal.
3. Tekan dalam acuan biskut Y.
4. Bakar selama 25 minit / biskut berwarna perang.

2 adunan
butter 500gm
tepung 800gm
gula 400gm

Wednesday, 14 March 2012

Black Russian White Cake

Black Russian White Cake

Kek (guna resepi Death by Chocolate Cake) :
Sumber : mrsdayat

Bahan-bahan ( loyang 9" ) :
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

Cara-cara :
1. Tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik, last skali masukkan air panas..kacau sebati.
5. Bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree.

**Boleh juga kukus slame lebih kurang 1 jam.

Bahan Ganache dan Cheese :
Sumber : atiqah FNR

Ganache:
600g coklat masakan (guna beryls dark chocolate)
500g whipping cream (me guna fresh cream..up sama balance dgn coklat 600gm)
2sb glden syrup

Cara: 
1.Panaskan whipping cream, masukkan coklat masakan dan golden syrup.
2.Kacau rata, tp jgn biarkan berbuih atau terdapat gelembung udara.

**untuk bagi coklat ni keras, sediakan awal sehari. Biarkan di luar, dan simpan didalam bekas. Biarkan ianya keras sendiri.

Filling cream cheese:
250 gm cream cheese
125 gm butter
60gm gula ising2sk nescafe (dibancuh dgn 3 sudu besar air panas)
500gm non diary whipping cream (pukul sehingga soft peak, di dalam bekas lain)

Cara:
1. Puku cream cheese, butter dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan whipping cream yg telah dipukul, dan nescafe,kacau sehingga sebati.

Toffee Caramel Cheese Cake

Toffee Caramel Cheese Cake
Sumber :Faizwan

Bahan base:
150 gm biskut marie
130 gm butter cair

Cara:
1- Campur semua bahan, tekan pada dasar loyang yang dialas dengan kertas minyak kemudian sejukkan.
**saya hanya gunakan potongan sponge kek sebagai base

Bahan Tofee:
40 gm almond nib
60 gm gula kastor

Cara:
1- Masakkan gula dalam bekas caserol sampai kuning, masukkan almond nib, gaul. Tutup api dan ratakan atas loyang sebentar.
2-Bila sejuk patah-patahkan kecil.

Bahan Cheese :
200 gm cream cheese
20 gm gula kastor
8 gm gelatin
60 gm air
200 gm whipped cream (whisk dahulu)

Cara:
1-Putar cream cheese sampai gebu, masukkan gula dan pukul sampai smooth. Kemudian tapiskan.
2-Dalam bekas lain, curah gelatin dalam air, biar seketika double boiled sampai gelatin hancur. Campurkan pada adunan cream cheese, gaul rata.
3-Akhir sekali kacau dengan whipped cream, masukkan dalam loyang 7', berselang seli tabur toffee tadi.
4- Sejukkan dalam peti ais.

Topping Karamel:
1/2 cawan brown sugar
1 cawan anchor whipping
1 tsp butter

Cara:
1-Campur semua bahan, panaskan sampai pekat. Kemudian sejukkan dalam suhu bilik.

Hiasan:
100 gm walnut (imported) di tos dan cincang.

Cara:
1- Keluarkan kek tadi dan tabur walnut kemudian letak topping tadi. Hidangkan.

Fruit Tart

Fruit Tart
Sumber : Mat Gebu

Bahan Pastri :
113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)

Bahan Kastad :
300 ml susu segar
3 biji kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin

Bahan Lain :
Coklat cair secukupnya
Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara :

Pastri :
1. Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula.
2. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur.
3.Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut.
5.Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

Kastad :
1. Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api.
2. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak.
3. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim.
4. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang.
5. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin.
6. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
7. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan.
8. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
9. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning keemasan.

10. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
11. Sapukan  dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
12. Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
13. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat.

Blueberry Crumble Cupcakes

BLUEBERRY / STAWBERRY CRUMBLE CUPCAKE.
Sumber : Chef Anuar
Dari : Jue Nida

Bahan Kek (asas~kek mentega) :
250 gm mentega @ majerin ( umyrah guna farmcow + planta)
200 gm gula kastor
250 gm tepung gandum
4 bji terur gred B
1 sudu teh /baking powder
1 sudu teh perasa vanila
1 sudu teh pes lemon (umyrah guna sunquick)
1/4 cwn susu segar (umyrah guna 1 sb susu tepung + air)

Cara-cara :
1. Putar majerin, gula kastor, perisa vanila, dan pes lemon hgga kembang.
2. masukkn telur sikit2. mixer lg..
3. msukkan tepung yg dh di ayak ngan baking powder.mixer lg dgn kelajuan
rendah.
4. Akhir sekali tuang susu segar.mixer jg skejap.
5. ADunan yg dh siap ,dpaipping masuk ke dlm peparcup.isi 3/4 cupcake je ye..
6. Bubuh bluberry ..(x perlu bubuh byk sgt..t jd terlalu manis x sedap gek)
7. akhir sekali tabur topping crumble yg kita buat td..(klau nk tgok cr bubuh ..tgok kt pic2 sblm nie)
8. bakar dgn suhu 180 selama 15-20minit .
9.apabila dh siap bakar n dh sejuk ayak snow powder atas cupcake..siap...selamat mencuba..

Bahan Crumble Topping :
100 gm tpg gandum
50 gm gula kastor
50 gm mentega cair
1/2 camca teh vanila
1/2 camca leh lemon (umyrah guna sunquick gak)

Cara-cara :
1. Campur semua bhn dan gaul dgn tangan hingga tepung tu jadi berketul2 halus . Taburkan atas cupcake.

* jem bluberry -(guna blueberry & stawberry filling...filling lg sedap dari jem)
* snow powder (x bubuh sebab tak dak)

p/s : buat separuh resepi ni, dpt 10 cupcake size 2...banyak gak tu..

Yummy CheeseTart

Yummy Cheesetart 
Sumber pastri : haz_amon
Sumber filling : Achir Yaya (forumers FNR)

Bahan untuk Sweet Pastry (25 biji) :-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising / gula halus
1 biji telur (gred  B saiz sederhana besar)
240 gm tepung gandum

Cara-cara :
1. Pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy.
2. Masukkan telur, pukul lagi.
3. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau.
4. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit.
5.Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Basic Cheese Filling

Bahan-bahan(utk 25 tart) :
125gm cream cheese
75gm plain yogurt sejuk
110gm susu pekat (sila adjust rasa ikut sedap)
25-30gm cawan tepung jagung
2 table spoon jus sunkist (optional)

Cara-cara :
1.Campur cheese + yogurt + susu pekat dalam mixer. Mix until fluppy.
2.Masukkan tepung jagung and sunkist. Adjust kepekatan adunan.
3.Tutup adunan dgn kain muslin. Biarkan pada room temperature for 1 hour.
4.Pipekan dalam tart shell and bakar for abt 5 minutes.
5.Sejukkan pada suhu bilik and then baru simpan dalam fridge 6 jam.

*******************************************************************************

Resepi asal (filling) :
BASIC CHEESE FILLING

SUMBER : Achik yaya
(utk 40-50 tart shell) - buat 1/4 bahagian sahaja untuk 1 adunan sweet pastry...

a.500gm cream cheese (1/4 adunan maknanya 125gm cheese)
b.300gm plain yogurt sejuk
c.susu pekat (sila adjust rasa ikut sedap)
d.1/2 cawan tepung jagung
e. 2 table spoon jus sunkist (optional)

Cara-cara :
1.campur bahan a/b/c dalam mixer. mix until fluppy.
2. campurkan tepung jagung and sunkist. adjust kepekatan
adunan. boleh guna tepung jagung up to 3/4 cup.
boleh omit sunkist sbb yogurt tu dah masam.
3. tutup adunan dgn kain muslin. biarkan pada room temperature for 1 hour.
4. pipekan dalam tart shell and bakar for abt 5 minutes. sejuk kan at room temp and then baru simpan dalam fridge 6 hrs.

p/s : ni resepi yg achik dah alter so many times. pada yg mintak awal2 dulu. resepi sama aje. boleh add krimer 1/2 cup kalau suka. kalau nak buat utk makan sendiri, pls use philli cream cheese and nestle plain yogurt (tutup biru).

Biskut Susu

Biskut Susu
Sumber : Merpati66

Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji ) :
250grm tepung jagung
200gm susu pekat manis
1 sudu baking powder
2 @ 3 sb butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna -ikut suka

Cara-cara :
1. Gaulkan tepung + susu cair.
2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar

** Biskut nie amat lembut dan cair di dalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk baru alihkan..

Tuesday, 13 March 2012

Apam Polkadot

Apam Polkadot :
Sumber : Sheely Myresepi

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium ) :
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
Filling-blueberry @ strawberry@apa2 ikut citarasa
Pewarna

Cara-cara :
1. Pukul semua bahan dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja.
5. Letakkan filling secukupnya *nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
6. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Biskut Koko Rangup

Biskut Koko Rangup
Sumber : Yani Myresepi

Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm ) :
50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam

Cara-cara :
1. Potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper.
2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. 4. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
5. Bakar selama 25-30 minit.
6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Kek Karamel

KEK KARAMEL 
Sumber : Puan Munira Baharum

Bahan:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B)
Bhagian Atas: 
1 tin susu cair
140gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
6 bj kuning telur

(C)
Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

* Campur telur, minyak & air - pukul hingga kembang.
* Masukkan gula, pukul lagi hingga kembang. Akhir sekali masukkan tepung, gaul rata.

(D)
Merinque:
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC) - umairah x letak

Cara membuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn berbuih2...nanti x jd karamelnye...
2. Masukkan (B) tadi dalam loyang gula hangus tadi.
3. Pukul bahan (C).
4. Pukul sampai bahan (D) smpai soft peak.
5. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. Bahgikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
7. Masukkan kedlm loyang tadi.
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila masak angkat & biarkan selama 10 minit kemudian terbalikkan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1 jam & makan sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari.